Isnin, 5 September 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Salam semua...
Masih belum terlewat rasanya untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam sedunia yang telah menyambutnya pada 30-8-2011 yang lalu.

Sebagai manusia, kita semua tidak terlepas dari melakukan kesilapan sama ada sedar atau tidak..
Oleh itu, di bulan mulia ini, saya sebagai wakil Butik Pengantin Astana Mutiara Qaseh ingin menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf seandainya ada kesilapan dalam melaksanakan majlis anda atau kasar tutur kata sepanjang kami memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan selama berada di dalam bidang ini.

Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari hambanya...
Taubat adalah jalan terbaik.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam 1 Malaysia...

Ikhlas dari,
Aimyra & Semua Quarter Master

Cari Blog Ini